Thursday 22 March 2012

BERAKHLAK DALAM MENDIDIK ISTERI





Sebuah rumahtangga bahagia ialah rumahtangga yang dikendalikan mengikut nilai-nilai yang dikehendaki oleh Allah swt. Tidak boleh dikatakan rumahtangga
sekiranya sesebuah rumahtangga itu tidak dapat diatur dan disusun mengikut apa yang dikehendaki Allah walaupun keadaan rumahtangga itu nampaknya tenang dan
aman.

Dalam hal ini, kebijaksanaan suami dalam mengendalikan rumahtangga menjadi faktor penting untuk mencapai tujuan itu. Perkara yang utama yang patut dilakukan
oleh suami ialah berakhlak dengan isterinya.

Maksud berakhlak di sini ialah si suami mestilah seorang penyabar dalam mendidik isterinya. Dalam ertikata yang lain si suami mestilah sanggup menghadapi derita dan sengsara disebabkan kerenah isterinya. Ini adalah kerana kaum perempuan itu
dijadikan oleh Allah sebagai makhluk yang lemah. Terutamanya, akal fikiran mereka adalah pendek dan sebab itulah mereka bertindak gopoh dan mudah
melenting.

Oleh yang demikian ketika isteri marah, suami kenalah menaruh perasaan belas kasihan dengan mendiamkan diri dan bersabar. Biarkan dia bercakap apa sahaja kerana apabila kehabisan modal untuk bercakap dia akan diam. Jangan dilawan cakapnya kerana akan lebih banyaklah modal percakapannya. Jangan pula lari meninggalkannya kerana kalau lari, apabila suami balik semula, si isteri akan sambung balik percakapannya. Tunggu dan diam sampai si isteri berhenti bercakap. Lepas itu kalau si suami hendak bercakap pun sudah boleh.

Sebenarnya itulah rahsia yang ada pada seorang isteri, apabila telah habis melepaskan apa yang hendak dicakapnya, dia akan tenang kembali kerana seperti
yang dikatakan, fikirannya adalah di atas lidah sahaja. Sebab itulah, kalau si suami tidak melawan cakap-cakap isteri, rumahtangga akan lebih selamat. Pokoknya si suami hendaklah sabar banyak-banyak dan sanggup menanggung kesakitan itu.

Tentang kaum perempuan ini kurang akal atau fikirannya, Rasulullah saw ada bersabda yang bermaksud:

"Kurang akal fikiran perempuan ini Tuhan jadikan begitu."

Sebab itulah, Allah swt menghendaki dua saksi orang perempuan untuk menyamai satu saksi kaum lelaki. Atas dasar inilah, para suami diseru oleh Allah swt di
dalam Al Quran dengan firman yang bermaksud:

"Hendaklah suami-suami bergaul dengan isteri-isteri itu dengan sebaik-baiknya."

Rasulullah saw ada menyatakan bahawa barangsiapa yang sanggup menahan penderitaan atau sabar di atas kejahatan serta perangai isteri mereka Allah swt akan memberi mereka pahala sebagaimana pahala bagi Nabi Ayub.

Menurut sejarah Rasulullah saw adalah orang yang paling baik akhlaknya terhadap isteri-isterinya. Beliau dapat menahan segala kemarahan terhadap isterinya yang kadang-kadang membuat ragam juga. Sebab itulah sabda Rasulullah saw yang maksudnya:

"Sebaik-baik kamu ialah orang yang paling baik dengan isterinya. Aku adalah orang yang paling baik dengan isteriku."

Dalam satu peristiwa, Siti Aisyah telah memarahi Rasulullah. Kata Siti Aisyah kepada beliau, "Engkaukah orang yang mengaku Nabi?" Nabi hanya senyum sahaja. Kemudian Rasulullah berkata, "Aku tahu, kalau engkau marah kepada aku, kau cakaplah begini, "Demi Allah Tuhan Ibrahim." Kalau engkau gembira dengan aku, kau katalah "Demi Tuhan Muhammad." Jawab Aisyah, "Betul kata engkau itu. Masa aku marah, aku tidak sebut nama engkau."

Di masa lain pula Siti Aisyah telah menolak Rasulullah saw dari belakang hingga beliau hampir jatuh. Emak Siti Aisyah ternampak perangai Aisyah lalu ditamparnya
muka Aisyah. Kemudian berkata Rasulullah saw, "Biarkanlah dia begitu. Sebenarnya dia telah banyak berbuat kepada aku, lebih dari itu lagi."

Sewajarlah para suami mengambil iktibar daripada banyak ragamnya isteri-isteri Rasulullah saw. Sebenarnya bukan Siti Aisyah sahaja yang membuat karenah malah isteri-isteri Rasulullah yang lain juga. Tetapi Rasulullah boleh hadapi semuanya dengan senyum sahaja.

Kalau isteri Rasulullah bertaraf Ummahatul Mukminin itu pun ada juga ragamnya dan wanita-wanita solehah di zaman Rasulullah yang mendapat didikan langsung dari Rasulullah itu pun banyak ragamnya, apa lagilah wanita-wanita dan isteri-isteri di zaman yang telah jauh dari zaman Rasulullah ini.

Sebenarnya Allah swt jadikan isteri-isteri Rasulullah demikian ragamnya supaya dapat menjadi contoh kepada umat Nabi Muhammad yang kemudian ini tentang akhlak Rasulullah saw bila berhadapan dengan isteri-isterinya.

Kalaulah Allah jadikan isteri Rasulullah itu baik semuanya, jadi tidak ada contohlah para suami tentang bagaimana sikap yang patut dilakukan ketika isteri meragam untuk mengekalkan kebahagiaan rumahtangga. Sebab itulah, bila Allah jadikan Siti Aisyah dan isteri-isteri Raulullah begitu untuk menjadi contoh dan dapatlah diambil teladan darinya. Yang demikian, bolehlah si suami memujuk hati dengan mengatakan, "Sedangkan Rasulullah tidak marah-marah, sepatutnya aku pun bagitu juga."

Lagipun, banyak ragam ini tidak mencacatkan kesolehan wanita. Sebab itu, para suami jangan lekas naik radang dan menuduh isteri nusyuz, engkar dan sebagainya.
Banyak ragam tidak menjadikan isteri nusyuz. Cuma ketika itu isteri sedang naik angin, biarkan sahaja sehingga angin itu sejuk. Nanti akan baiklah dia. Sebab itulah para suami dikehendaki banyak bersabar dalam mendidik isterinya.

Si suami bukan sahaja mesti bersabar dengan kelakuan isterinya malah disuruh juga oleh Allah supaya bergurau-gurau dan bermain-main dengan isterinya. nabi
juga menyuruh para suami bermesra dengan bergelak ketawa bersenda-senda dengan isteri. Janganlah suami-suami sentiasa bersikap terlalu serius dengan
para isteri untuk mempertahankan kehebatan. Kalau sesama lelaki bolehlah menjaga kehebatan masing-masing dan tidak digalakkan selalu sangat bergurau sesama lelaki. Tetapi dengan isteri sepatutnya si suami mestilah banyak bergurau.

Malah Rasulullah saw sendiri amat suka bersenda gurau dengan isterinya, hinggakan semasa Rasulullah bergurau dengan isterinya, dia sanggup menurunkan darjatnya seperti seorang perempuan. Ertinya, Rasulullah turut bergurau macam seorang perempuan bergurau iaitu sindir menyindir, cubit mencubit dan sebagainya.

Pernah dalam satu gurauannya dengan Siti Aisyah mengajak isterinya itu berlari-lari. Sedangkan ketika itu Siti Aisyah muda belia berumur 16 tahun. Sedangkan
Rasulullah sudah berumur 60 tahun, tapi Rasulullah tetap lakukan juga kerana hendak menghibur-hiburkan hati isterinya. Walaupun begitu, apabila beliau
berlumba lari dengan Siti Aisyah, Rasulullah tetap menang sebab Rasulullah tetap menang sebab Raulullah juga adalah ahli sukan yang pantas disebabkan beliau
sentiasa riadah dengan menunggang kuda, bermain pedang dan lain-lain senjata.

Justeru itu para suami eloklah memperbanyakkan gurau senda dengan isteri masing-masing dan eloklah sekali sekala mengajak isteri berlumba-lumba dan sebagainya. Begitu juga dalam soal masak-memasak dan mengemas
rumah, suami hendaklah membuat kerja tersebut sebagaimana telah dilakukan oleh Rasulullah saw. Sesungguhnya sunnah nabi itu adalah ikutan yang paling
baik.

Suami yang baik ialah suami yang memberi contoh tauladan dalam mendidik isteri. Jadikan masa yang terluang atau masa rehat itu dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti yang memberi faedah, bukan dengan aktiviti-aktiviti seperti berbual-bual kosong di kedai-kedai kopi, di tempat-tempat maksiat dan sebagainya. Begitu juga dengan aktiviti memancing atau bersukan dan lain-lain yang kadang-kadang sampai
tertinggal ibadah sembahyang.

Di sini saya ingin menyentuh sedikit tentang ibadah sembahyang di surau-suaru atau di masjid-masjid. Hari ini, baik di surau-surau atau di masjid-masjid sudah kurang dikunjungi oleh umat Islam untuk bersembahyang jemaah atau mendengar kuliah agama. Apa yang menyedihkan, ada di antara orang-orang yang rumah-rumahnya berhampiran dengan masjid atau surau-surau pun tidak terlangkah oleh kaki untuk
mengerjakan ibadah sembahyang berjemaah atau mendengar kuliah agama.

Ada di setengah-setengah tempat sampai imam sembahyang yang dilantik pun jarang sembahyang berjemaah, ini tidak termasuk lagi ahli jawatan kuasa masjid atau surau yang tidak ada rasa tanggungjawab untuk memberi contoh kepada makmum-makmun yang lain.

Keburukan Facebook Yang Perlu Kita Tahu

BY INTANKUTERPILIH
Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Aku pasti semua orang tau facebook itu apa, dan aku yakin ramai antara korang yang baca blog IntanKuTerpilih.com ni mempunyai akaun facebook, ye tak? Ok tanpa mukadimah panjang-panjang, di sini aku senaraikan beberapa keburukan facebook menurut pendapat dan pemerhatian aku.
keburukan facebook yang perlu kita tahu
gambar credit to mr google
1) Leka Bermain Game
Kalau korang perasan, dah makin banyak game baru dalam facebook yang wujud. Kepada yang memang gile dengan game, bila sekali dah terjebak, memang tak boleh nak tinggal dah. Memang dalam kepala asyik ingat game facebook je, pendek kata log in saje facebook, terus bukak game. Dan game ini boleh melekakan kita.
2) Melalaikan
Setuju tak kalau aku cakap facebook ini melalaikan kita? Masakan tidak, bila sampai saje office, on komputer dan terus terjah facebook. Kadang-kadang takde apa pon, nak kata selalu orang private message, tak juga. Nak kata kite ni glamour di facebook, tak juga. Tapi nak juga terjah walaupon takde apa-apa yang menarik. Hingga kite pon tak tau kenapa kite biarkan saje on facebook tu.
3) Memaparkan Gambar Yang Mengaibkan
Tau tak gambar yang mengaibkan itu apa? Gambar yang mengaibkan tu seperti gambar-gambar wanita yang tidak menutup aurat, yang pakai baju seksi-seksi, dedah sana dedah sini, ada juga gambar couple yang menjolok mata, berpeluk-peluk walaupon belum nikah, konon nak tunjuk betapa romantiknya dan loving couplenya pasangan tu. Sebenarnya gambar-gambar ni akan mengaibkan diri sendiri selain menambah biakkan saham dosa kite. Yang paling best tu, siap ada member lain tolong tagkan gambar tersebut kepada member yang lain pula. Wah makin berganda-ganda lah saham tu, dah macam sistem piramid MLM pula.
4) Menghubungkan Kembali Kekasih Lama
Ini memang bahaya. Cukup bahaya kepada yang dah berumahtangga. Kalau berhubung tapi tidak menimbulkan apa-apa perasaan tak mengapalah, tapi bagaimana kalau berhubung dan menimbulkan kembali perasaaan yang pernah berputik satu tika dulu? Siap mengimbau kenangan-kenangan lama lagi tu, tak ke kes naya tu…
5) Luahan Di Wall
Ada pasangan bercinta meluahkan perasaan di wall kepada kekasih. Contoh ayat-ayat seperti “Papa, I love u so much!! Miss u like crazy, mama janji mama takkan tinggalkan papa hingga akhir hayat”, dan si kekasih hati pon membalas, “I love u too mama, papa pon macam tu juga”. Wah dah macam filem hindustan pula. Konon-konon nak bagitau pada satu dunia la yang pasangan ni memang setia dan sehati sejawa. Kalau dah bernikah tu tak heranlah juga, ni baru bercouple. Tak perlulah nak luahkan perasaan tu pada umum, orang tau anda sedang dilamun cinta dengan melihat pada ‘Relationship status’ tu. Lagi satu, malu la sikit dengan golongan yang lebih tua bila membacanya. Contoh seperti adek beradek ke, ipar duai ke, makcik pakcik sedara, sepupu sepapat. Kan ke tak manis tu kan. Bukan apa, setiap percintaan tu belum tentu berakhir dengan perkahwinan. Maka kalau anda beriya-iya menulis sayang sayang di wall, tup tup satu hari hubungan ada masalah dan terputus di tengah jalan, bukan ke malu namanya tu.
Kepada pasangan yang telah berkahwen pula, ada dengan slumbernya bercerita masalah rumahtangga di wall. Tak kurang juga meluahkan rasa ketidakpuashatiannya terhadap suami di wall. Alahai, bukan tak boleh berbincang di rumah, private message ke, atau sms ke, atau email ke, tak perlulah nak cerita semua di wall, dan ini akan membuatkan orang lain membacanya. Secara tak langsung orang luar akan tau masalah dalaman dalam rumahtangga.
6) Kekasih Gelap
Ada juga pasangan yang dah berkahwen mempunyai kekasih gelap di facebook. On facebook semata-mata nak berhubung atau chatting dengan kekasih gelap. Bukan tak tau yang masing-masing telah mempunyai suami atau isteri, tapi tetap juga menjalinkan hubungan dengan alasan sekadar suka-suka.  Dan alasan sekadar suka-suka itulah yang menjadikan hubungan rumahtangga menjadi berantakan. Penyudahnya, anak-anak menjadi mangsa.
7) Terjebak Dengan Bisness Online
Ha ini lagi satu masalah. Semakin ramai peniaga online memperkenalkan barangan jualan mereka di laman facebook ini. Dan ini membuatkan golongan-golongan yang boros macam aku ni mudah terpengaruh, lantas terjadinya pembaziran. Kadang-kadang kita tak sedar yang kita order barang itu ini, yerla, kebanyakan produk online ni memang cantik-cantik berbanding dengan yang jual di kedai maka mata pon menjadi rambang.  Lebih-lebih lagi ianya tidak memerlukan kos minyak, hanya pilih saje di photo album, order dan bayar secara online. Memang mudah, akan tetapi duit mengalir pon cukup mudah. Ye tak?

Sifat cemburu jadi buruk tanpa iman

Cemburu



Selalu kita mendengar kisah queen control, isteri menguasai suami dan rumah tangga. Isteri jadi tuan dan suami menjadi kuli atau seperti hamba. Suami ketika itu tidak boleh angkat kepala atau membantah apabila mendapat arahan daripada isteri.
Biasanya isteri begini mempunyai kedudukan yang lebih baik dari suami. Boleh jadi isteri berharta, sedangkan suami tidak mempunyai harta, isteri berpelajaran tinggi dan suami tiada berkelulusan, dan isteri berpangkat dan suami tiada kerja tetap.
Dengan kedudukan ini isteri akan mengkontrol suami semahunya kecuali kalau isteri itu orang yang beriman dan dia memahami hukum dan pantang larang dalam Islam.
Oleh sebab itu dalam perkahwinan disyaratkan pasangan itu sekufu, maka kedudukan pasangan di atas adalah tidak kufu. Dalam Islam sepatutnya terjadi sebaliknya iaitu suami lebih dari isteri pada perkara yang disebutkan di atas. Dan kesan daripada tidak kufu itu maka terjadilah queen control dalam rumah tangga mereka.
Bagaimanapun terdapat juga dalam kes-kes tertentu isteri tidaklah berkedudukan lebih baik dari suami, mungkin mereka adalah sama-sama miskin dan tidak ada kerja yang istimewa. Tetapi, oleh sebab isterinya tersangat kuat cemburunya maka apa sahaja kerja suami dia mesti tahu. Setiap langkah gerak kerja suami di luar rumah mesti dalam pengetahuannya.
Ertinya suami tidak boleh keluar selalu, tidak boleh buat kerja luar tanpa pengetahuan isteri. Nanti, akan adalah perasaan bersangka buruk terhadap suaminya. Dia rasa seolah-olah suaminya mencari perempuan lain, atau suaminya sudah tidak sayangkannya lagi dan sebagainya. Ini adalah jenis kedua queen control.
Sehinggakan telefon milik suami di godek-godek ketika suami tidor . Pantang lepa jer… semua benda milik suami seperti akaun facebook, email dan sebagainya di godek-godek. Bimbang suami chating dengan perempuan lain.
Jelas di sini, pasangan dalam rumah tangga di atas juga tidak sekufu, tidak setaraf kedudukan mereka. Sepatutnya dalam Islam suamilah yang patut cemburu kepada isterinya bukan sebaliknya. Jadi, suami wajib bersikap cemburu, manakala isteri hanya harus bersikapcemburu.
Sebenarnya pasangan yang sekufu itu mesti diasaskan di atas iman yang kuat atau beragama. Ertinya pasangan itu mestilah memahami hukum Islam dan melaksanakan hukum itu dengan sebaiknya. Sungguhpun begitu kedudukan suami dalam hal ini hendaklah lebih mantap iman, ilmu atau kewangan dari apa yang dimilik oleh isterinya.
Tanpa itu semua, akan datanglah penyakit cemburu buta, hasad dengki, tidak puas hati dan sebagainya. Sesungguhnya keadaan begini akan merumitkan hubungan antara suami dengan isteri apabila tidak ada pihak yang mahu bertolak ansur.
Percayalah dengan sikap cemburu seseorang isteri itu dia akan tergamak menghalang suaminya dari selalu keluar rumah lebih dari sehari semalam. Apa lagi kalau suami bertugas di luar negara, dia akan cuba menghalangnya.
Bagi isteri ini lebih baik suami itu berkerja kampung menoreh getah atau mengacik burung atau menjadi buruh kasar. Dia lebih rela melihat suaminya susah dan berpendapatan sedikit daripada berjauhan darinya. Kononnya dia hanya mahu melihat suaminya setiap hari.
Ingatlah apabila cemburu itu memuncak, ada kemungkinan akan berlaku keganasan dalam rumah tangga. Akan berlakulah pertengkaran sehingga dia sanggup marah dan memukul suaminya. Lebih parahnya kalau dia sanggup memecahkan cermin kereta dan segala harta suaminya.
Lebih parah lagi jika isteri itu sanggup mengugut bunuh suaminya sendiri.
Oleh sebab itu dalam kes seumpama ini, salah seorang daripada mereka mesti mengundur diri dari perbalahan itu. Maksudnya, suami hendaklah meminta maaf dan berterus terang dengan isterinya. Sikap suami yang suka merahsiakan apa yang dilakukannya boleh merosakkan hubungan yang sedia baik antara mereka berdua.
Sebenarnya isteri yang mempunyai persepsi yang buruk tentang suami mesti dibersihkan oleh suami dengan bijak. Tetapi kalau suami tidak mampu menyelesaikan masalah itu maka dia mestilah meminta nasihat dari orang lain yang lebih berwibawa. Kadang-kadang dengan menggunakan orang tengah lebih berkesan daripada usaha diri sendiri.
Orang tengah yang paling baik untuk menyelesaikan masalah mereka ialah ibu bapa masing-masing. Merekalah yang sepatutnya bertindak sebagai orang tengah, tanpa memihak kepada anak sendiri dan tidak pula menyalahkan menantu. Pendekatan ini kalau dapat dipupuk oleh mereka akan terbinalah rumah tangga yang bahagia tanpa queen control lagi.